TERJEMAHAN


FWT Homepage Translator

MENU BERKAITAN KOPERASI
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ   

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّـهِ وَلَا الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلَا الْهَدْيَ وَلَا الْقَلَائِدَ وَلَا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّن رَّبِّهِمْ وَرِضْوَانًا ۚ
وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا ۚ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَن

 صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَن تَعْتَدُوا ۘ وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. dan bertakwalah  kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah Amat berat siksa-Nya”

Surat Al-Ma-idah ayat 2 

 
()


AHLI JAWATANKUASA KOPERASI MASJID

LAYARI KAMI

PAUTAN ISTIMEWA
  


Khamis, 26 April 2012

DASAR KEAHLIAN KOPERASI

KOPERASI KARIAH MASJID AL-FURQAN KINTA BERHAD(KKMFKB)

NOMBOR PENDAFTARAN A-3-0907

Kepada yang dihormati:

i. ANGGOTA KOPERASI YANG TELAH MENDAFTARDAN MEMBAYAR FI MASUK RM20.00

ii. AHLI-AHLI YANG BELUM MENDAFTAR

Tuan/Puan,

Per: PENDAFTARAN ANGGOTA KOPERASIKARIAH MASJID AL-FURQAN KINTA BERHAD

KKMFKB kini membuka pendaftaran dan kemasukan ahlikariah Masjid Al-Furqan ke dalam koperasi ini.

2. Tuan/Puan yang telah mendaftar fi masukRM20.00 boleh menjelaskan syer RM500.00 yang boleh dibayar penuh atau secaraansuran sebanyak RM100 setiap kali untuk 5 kali ansuran.

3. Bagi tuan/puan yang belum mendaftar daningin menyertai Koperasi ini kemudahan menjelaskan syer/saham adalah seperti anggota yang telah mendaftar.

4. Untuk tujuan di atas , tuan/puan diharapdapat menghubungi Anggota LembagaKoperasi (ALK) berikut:

i Tn.Hj. Noordin bin Jantan 0166032489 ii Tn.Hj. Abd. Karim bin Yaakop 0135300146

iii. Pn. Barirah bt Hashim 0135230052 iv. Pn.Hjh. Fauziah bt. Mahayuddin 0125160169

5. Syarat keahlian adalah:

I Fi Masuk :RM 20.00

ii Syer: Rm500.00 dibayar penuh atau Ansuranbulanan RM100.00 sebulan selama lima(5) bulan,

iii Tertakluk kepadaUndang-Undang Kecil Koperasi – seksyen 11:

(1) Keanggotaan Koperasi terbuka kepadaAhli Kariah Masjid Al-Furqan di Tama Pengkalan Jaya ,

Ipoh, Perak Darul Riduan .

(2) Seseorang yang ingin menjadi anggotaKoperasi ini mestilah:

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Telah mencapai umur lapan belas tahun

(c) Bermastautin atau mempunyai hartanahatau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan

(d) Bukan seorang yang terhadapnya masihberkuatkuasa satu sabitan bagi kesalahn yang boleh daftar, atau tidak upayadari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuangdaripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.

Sekian . Bersatu teguh , bercerairoboh .

Terima kasih

…………………………………………

(RAZALI BIN MAT AJID)

SETIAUSAHA KOPERASI KARIAH MASJIDAL-FURQAN KINTA BERHAD

Ahad, 1 April 2012

ASSALAMUALAIKUM ALK
PERKARA: MESYUARAT ALK KOPERASI  KALI  KE 3

TARIKH:     4 APRIL  
MASA         9.00 PAGI
TEMPAT:    BILIK MESYUARAT

SEMUA ALK DI JEMPUT HADIR. KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI.
TERIMA KASIH.

Selasa, 13 Mac 2012



Assalamualaikum,

Tuan/Puan,

Jangan lupa pada 24 Mac 2012 (Sabtu), kursus akan diadakan di Dewan KRT Taman Pengkalan Jaya, Ipoh pada jam 8.30 pagi...
       Aturcara:
      8.30 - 9.00 PG   PEFDAFTARAN PESER
      9.00 - 9.30 PG   SARAPAN PAGI
      9.30PG              DOA
                                UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI
                                CERAMAH I  -  TUJUAN DAN PERANAN
                                                            KOPERASI    
                                CERAMAH II    - TUGAS & TG.JB.ANGGOTA
     12.30 TH            MAKAN TENGAH HARI  DAN BERSURAI.

ps: AHLI SEDIA ADA BOLEH PROMOSIKAN KEPADA AHLI YANG BARU    HENDAK MASUK HADIR SAMA DENGAN YURAN MASUK/DAFTAR AHLI RM20.


Sekian.Terima kasih

Isnin, 12 Mac 2012


Assalamualaikum,

Alhamdulillah... Untuk makluman, koperasi sedang di dalam proses mendapatkan status agen daripada Takaful Malaysia. Selepas mendapatkan pengesahan, koperasi boleh menjalankan operasi menjual insurans am.

Sama-sama kita doakan agar usaha ini berjalan dengan lancar, demi kejayaan koperasi, amin...

Sabtu, 10 Mac 2012

AKTIVITI YANG DIBENARKAN OLEH SKM:

i.      Pemasaran Dan Pelancongan
ii.    Agro-pertanian.


PERANCANGAN

i.      Lawatan Sambil Belajar
ii.    Kursus-Kursus Pengurusan Koperasi
iii.   Seminar
iv.   Tapak Semaian/Ladang
v.    Kursus Keagamaan- Perkahwinan/Keibubapaan
vi.   Ekspo
vii.  Agen Insurans

Jumaat, 9 Mac 2012

KOPERASI KARIAH MASJID AL-FURQAN

Koperasi Kariah Masjid Al Furqan Mempelawa Anda Menjadi Ahli
Kelayakan Asas adalah seperti berikut:-

1.    Ahli Kariah Masjid Al Furqan Taman Pengkalan Jaya, Ipoh dan memenuhi Seksyen 11 Undang-undang Kecil Koperasi:

i.              Berumur 18 tahun dan ke atas
ii.            Bukan seorang yang bankrap
iii.           Tidak pernah dipecat daripada mana-mana koperasi lain
iv.           Waras akal fikiran

2.    Bayaran Keahlian @ Fi Masuk     :           RM 20.00

3.    Dan Syer/ Orang Bernilai RM 500.00 (Dibayar penuh atau ansuran 5 kali  @ RM 100 selama 5 bulan.

Untuk maklumat lanjut hubungi Hj.  Razali Mat Ajid

Tel       :           01680080479
Emel   :           jiben2020@yahoo.com.my